22 July 2011

Tanah lot di batu rakit untuk dijual





Tanah lot di Batu Rakit untuk Di Jual.
Keluasan 838 meter persegi.
Tak perlu tambun, sesuai untuk bina rumah.
jalan sudah tar.
Harga RM87k

Berminat hubungi En Mahmud 0199247031 / Ji 0139878735

Tanah Dalam Bandar Untuk Di Jual -



Tanah 317m2 tepi jalan besar berhadapan hotel Tanjung Vista. 
Tanah berhadapan dengan jalan tanjung.
Sesuai untuk binaan bangunan pejabat, hotel atau bangunan komersil lain.
Keutamaan kepada beragama islam.


Berminat Hubungi En Mahmud 019-9247031/ Ji 013-9878735

13 June 2011

Ahad Cuti Umum Di Terengganu

Kerajaan negeri mengumumkan Ahad ini sebagai cuti umum di Terengganu berikutan kejayaan skuad Penyu menjuarai Piala FA dan kejuaraan SUKMA 2010.

Terengganu Bakal Bina Menara Berkembar 30 Tingkat

KUALA TERENGGANU, 13 Jun (Bernama) -- Menara berkembar setinggi 30 tingkat, yang bakal menjadi mercu tanda bandar raya ini, akan dibina di sebuah kawasan seluas 16.2 hektar di sini.

Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Mazlan Ngah berkata menara berkembar, yang menelan belanja beratus juta ringgit itu, akan menempatkan pejabat Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan pejabat Yayasan Terengganu.

"Secara dasarnya kerajaan negeri sudah bersetuju membina dua menara di bandar dalam Rancangan Malaysia Ke-10," katanya kepada pemberita selepas pelancaran pelan strategik Yayasan Terengganu di sini hari ini.

Mengenai pelan strategik Yayasan Terengganu, beliau berkata Yayasan Terengganu akan menjadi badan berkanun pertama di Pantai Timur mengadakan kerjasama dengan Arkib Negara.

Selain itu, Yayasan Terengganu akan memberi tumpuan dalam sektor pendidikan anak anak negeri terutamanya bidang doktor pakar.

Tahun ini, katanya Yayasan Terengganu akan menghantar seramai 150 calon untuk mengikuti kursus kedoktoran di beberapa negara termasuk Mesir, Rusia, Ireland dan Indonesia.


-- BERNAMA

11 June 2011

Terengganu Julang Piala FA 2011

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Terengganu menamatkan kemarau selama 11 tahun untuk menjulang Piala FA selepas menumpaskan Kelantan 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini Sabtu malam.

Ahmad Nordin Alias menjadi wira Terengganu apabila menjaringkan gol penentuan pada masa tambahan setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas tempoh 90 minit berakhir.

Kali terakhir Terengganu menjulang trofi itu ialah pada 2000 setelah menewaskan Pulau Pinang melalui sepakan penalti 5-3 apabila kedudukan terikat 1-1 setelah tamat masa tambahan.

Pasukan 'peteh ganu peteh' turut mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi penjulang terakhir trofi yang diperkenalkan pada 2005 itu, yang sempat digunakan untuk tujuh edisi. Trofi baru akan diperkenalkan untuk edisi musim depan.

Sebelum ini, Perak selaku juara final pertama dan terakhir diberi penghormatan menyimpan trofi pertama Piala FA yang digunakan bagi 15 edisi dari 1990 hingga 2004.

Beraksi di hadapan kira-kira 85,000 penyokong kedua-dua pasukan, Terengganu dan Kelantan bermula garang apabila masing-masing saling berbalas serangan bagi mencari pembuka tirai namun buntu.

Skuad anak didik Irfan Bakti Abu Salim dihidangkan peluang terbaik pada minit ke-20 menerusi penyerang sensasi Abdul Hadi Yahaya yang membuat sepakan percubaan dari dalam kotak penalti, namun ketangkasan penjaga gol Kelantan Khairul Fahmi Che Mat menyelamatkan keadaan.

Kelantan mendapat peluang terbaiknya pada minit ke-40 tetapi sepakan kencang penyerang berbisa Norshahrul Idlan Talaha berjaya ditepis keluar penjaga gawang Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli.

Lima minit babak kedua bermula, keadaan menjadi sedikit tegang dan pengadil terpaksa menghentikan perlawanan selama lima minit apabila ada penyokong membaling mercun ke arah penjaga gol Terengganu.

Pada minit ke-68, anak didik Datuk M. Karathu gagal menyudahkan peluang terbaik apabila penjaga gol skuad Penyu 'lemas' dan gagal menangkap kemas percubaan Mohd Ramzul.

Skuad 'Red Warriors' memecahkan kebuntuan gol pada minit-79 menerusi Mohd Nurul Azwan Roya.

Tertekan dengan jaringan itu, Terengganu mengatur serangan demi serangan memaksa Kelantan bertahan, dan hasilnya skuad Penyu memperolehi gol penyamaan pada masa kecederaan hasil kesilapan pemain pertahanan 'Red Warriors' yang tertanduk bola ke gawang sendiri.

Kedudukan itu mengheret perlawanan ke masa tambahan, sebelum Terengganu menamatkan impian Kelantan untuk bergelar juara FA buat kali pertama menerusi jaringan Ahmad Nordin.

Penyampaian trofi disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin yang berkenan berangkat ke perlawanan itu.

Ketua pasukan Terengganu Mohd Mazuki Yusof pula dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.

Turut berangkat ke perlawanan itu ialah Sultan Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra. Hadir sama Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat.

-- BERNAMA

02 May 2011

Osama bin Laden dead, but Afghans fear war will go on

Osama bin Laden dead, but Afghans fear war will go on

Reactions are varied in Afghanistan, but many say Osama bin Laden's death won't affect insurgent operations in the nation. A Taliban field commander in southern Afghanistan says: 'Why would this make us stop?'

09 April 2011

mStar Online : Kandungan Protein Telur Tiruan Menyamai Tulen - Tiong Lai

mStar Online : Kandungan Protein Telur Tiruan Menyamai Tulen - Tiong Lai



KUANTAN: Ujian awal ke atas sampel telur yang dikatakan tiruan mendapati produk itu mengandungi bahan telur tulen.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata berdasarkan ujian makmal kimia, protein kulit serta putih dan kuning telur terbabit adalah telur sebenar.

"Bagaimanapun untuk memastikan ia betul-betul bukan telur palsu, kita hantar lagi buat ujian DNA dan apabila kita sahkan tulen atau tidak, saya akan umumkan nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kesihatan Sedunia peringkat kebangsaan, di sini, Ahad.

Liow berkata keputusan ujian DNA itu dijangka diketahui esok.

"Ini melibatkan kepentingan umum, semua orang nak tahu hasil siasatan kita," katanya.

Beliau juga berkata kementeriannya pernah menerima laporan berhubung perkara sama pada 2007, namun kajian yang dibuat menunjukkan tidak ada telur tiruan di pasaran di negara ini.

Justeru katanya, orang tidak perlu panik berhubung perkara tersebut.

Dalam perkembangan lain, Liow berkata keadaan jangkitan Adenovirus di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Teluk Kemang, Negeri Sembilan terkawal dan tidak merebak dengan meluas.

Pada masa ini seramai 136 pelatih polis di Pusasda diletakkan di bawah pengasingan sementara lima dimasukkan ke hospital iaitu tiga di Hospital Port Dickson dan dua di Hospital Seremban untuk rawatan lanjut, katanya.

Namun tiada pelatih yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi. -BERNAMA